Pages

Thursday 12 July 2012

'My Heart' demam n Happy Belated Birthday sayang..

Lame rasenye tak mencoret kata di sini. Actually ibu terlepas Birthday neesa yang ke Dua 5 Julai yang lepas. Dari hari ke hari memang nak buat 1 entry untuk birthday neesa tapi lately ni ibu sangat sibuk dengan latihan untuk Karnival Keluarga 1 KDN.

Walaupun lewat seminggu, ibu tetap nak ucapkan 'Selamat hari lahir sayang... Semoga menjadi anak yang baik, mendengar kata orang tua, menjadi penawar luka hati ibu dan semoga hidup anak ibu ini dirahmati, diberkati dan dilindungi oleh Allah sentiasa'. Andai satu hari neesa terbaca blog ibu ni, cume satu je yang ibu nak bagitau Ibu amat menyayangi mu dan kasih sayang yang ibu berikan adalah ikhlas dari hati ini..

Dari hari sabtu neesa demam. dan sehingga saat ibu menaip entry ni pun neesa masih demam. Thanks baba sebab sanggup jaga neesa da 2 hari kat rumah. Ibu tak boleh nak cuti sebab taknak la nanti bos cop ibu suka emergency leave atau sesuka hati nak bercuti. kalau nak ikutkan hati, memang ibu duduk je rumah nak jage neesa sampai sembuh.. tapi ibu berkhidmat untuk kerajaan. tetap ade peraturan dan disiplin yang kene patuh.. Tapi hati ini tidak berhenti memikirkan neesa kat rumah..

Semoga anak ibu cepat sembuh dan sihat separti sediakala.. Ibu rindukan celoteh neesa yang becok dan soalan2 comel yang keluar dari mulut neesa..

No comments: