Pages

Thursday 23 February 2012

6 juta batang mancis selama 16 tahun

Fikir anda mempunyai masa, dedikasi dan kesabaran untuk mewujudkan karya seni seperti ini? Pertama, cuba memahami nombor-nombor ini. 6 juta batang mancis selama 16 tahun. Seorang lelaki dari Bulgaria iaitu Plamen Ignatov menghabiskan masa yang banyak untuk mewujudkan ini model kecil diberi nama Monastery Rila. Diperbuat daripada kayu, batang mancis dan permata, kini dipamerkan di Muzium Arkeologi di Sofia, Bulgaria.

Rila Monastery adalah biara yang terbesar dan paling terkenal Ortodoks Timur di Bulgaria. Ia dianggap sebagai salah satu yang paling penting di Bulgaria sebagai tugu-tugu budaya, sejarah dan seni bina dan tarikan utama pelancong bagi kedua-dua iaitu Bulgaria dan Eropah Selatan. Ia telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.



Dasyat kan lelaki ini.. cube fikir plak ape yang kite boleh lakukan dalam hidup kite sampai orang boleh kate 'wow' dengan hasil kerja yang kite lakukan...

Tolong Jangan Gelak Bile tengok gambar ni.. Kesian tau..

Bile tengok tajuk mesti da tak sabar nak tengok gambar ape kan... hahahha aku tau ape yang bermain dalam fikiran korang sekarang ni. Mesti da tak sabar nak gelak kan..

hehehehe saje je nak wat suspen... da sedia ke nak gelak? scroll la ke bawah

 ~







~







~


Taraaa... eh belum lagi... sabar dulu ye...


ok ready, 

1





2




3


 



kesian kan die...Tak baik tau korang gelakkan die.. macam la korang tak biase terlanggar pintu macam die (huhuhuuuh) aku tahan gelak dalam hati je ni...

Wednesday 22 February 2012

Siapa Yang Akan Mensolatkan Jenazahmu Kelak


                                                            
- Siapa yang akan memandikanmu?
- Siapa yang akan mengafankanmu?
- Siapa yang akan mengangkat kerandamu?
- Siapa yang akan mensolatkanmu?
- Siapa yang akan meletakkanmu di liang lahad?
- Siapa yang akan mendo’akanmu?
- Siapa yang akan berdiri di sisi kuburanmu, berdo’a untukmu agar Allah meneguhkanmu ketika malaikat menanyamu?

Jawablah saudaraku!
Siapa yang akan menangisimu?
- Apakah perokok itu?
- Ataukah orang yang tidak mau tunduk dan solat kepada Robbnya ini?
- Ataukah orang yang meninggalkan puasa dan zakat ini?
- Ataukah orang yang membiarkan isteri dan anak perempuannya bebas berkeliaran di jalanan dan tempat hiburan dengan penampilan yang buruk dan pakaian yang hampir telanjang? Orang yang rela dirinya menjadi seorang dayus?
- Ataukah orang yang bergelumang maksiat dan dosa besar?
- Ataukah orang yang tidak memalingkan pandangannya dari wanita bukan muhrim, memandangnya seakan-akan menelanjanginya dengan matanya?

Saudaraku, siapa orang yang engkau inginkan menangisi kematianmu?
- Apakah temanmu yang mengajakmu ke tempat-tempat minuman keras, ataukah orang yang mengajakmu ke majlis-majlis ilmu?
- Atau orang yang kalau berbicara, tema pembicaraannya denganmu adalah berita-berita artis, bintang film, penari dan penyanyi, serta menyampaikan kepadamu berita-berita cabul dan keji, ataukah orang yang kalau berbicara kepadamu mengatakan,; Allah berfirman .. Rasulullah bersabda?
- Atau orang yang mengajakmu ke tempat hiburan, pantai, sinema dan menghabiskan waktu dengan menonton television serta perlumbaan-perlumbaan ataukah yang mengajakmu ke taman-taman surga?
- Apakah orang yang mengajak atau bersamamu main domino, catur dan tenis ataukah orang yang membukakan untukmu lembaran-lembaran Mushaf Al Qur’an?

Saudaraku
Siapa teman dekat dan sahabat akrabmu? Kami bantu engkau untuk memilih sahabat atau teman yang akan mensolatkan jenazahmu esok.

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallama bersabda,
“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk itu laksana berteman dengan penjual minyak wanig dan pandai besi. Seorang penjual minyak wangi engkau bisa membeli darinya atau setidaknya mendapatkan aromanya. Sedangkan pandai besi akan membakar badanmu atau pakaianmu atau engkau mendapatkan darinya bau yang tidak sedap”. (HR. Bukhari)

Cuba engkau renungkan buah dari persahabatan yang baik dengan orang yang baik di dunia sebelum manfaatnya di akhirat!




p/s : Dari Dia Kita datang dan KepadaNyalah Kita akan Kembali....Setiap Yang Hidup pasti akan menemui kematiannya...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Monday 20 February 2012

Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina


Sebagai peringatan untuk diri ini yang selalu alpa... (Good story to share)


Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya.

Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!”teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?”Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata

“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan”
(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan:

“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”

Sujudlah kepadaNya tanpa alasan

Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Balik Kampung

Hari ni baru la terajin sikit nak mengarang cerite. Actually da lame nak mengarang alkisah mase balik kampung cuti maulidur rasul n thaipussam yang lepas, tapi mood nak mengarang tu takde. Kebetulan plak bos takde minggu ni, baru la datang mood nak berentry.

4.2.2012 (sabtu)... Satu tarikh yang tak mungkin aku akan lupe.. Nak tau kenape? hehehehehe... mase otw balik ke kota tinggi, tayar kereta baba boleh meletup kat highway.. mase tu lagi 95 km je nak sampai johor.. So berhentilah kat tepi highway untuk tukar tayar.. Tapi malangnya kereta tak leh nak jek.. So kami tunggula peronda lebuhraya datang. mase tu dalam kol 11 lebih. Nasib baik tak panas sangat..  Lame jgkla tunggu diorang sampai...

Ni la keadan tayar yang da kempis.. Semua beg-beg da kuar letak kat tepi jalan..

Punye la lame tunggu, akhirnya Abang PLUS sampai jugak untuk membantu.

Bersungguh kan die nak tolong..huhuhuh terharu rase..

Neesa duduk dalam kereta.. Minta dukung nak keluar..

Sempat berposing kat tepi highway.. Bukannye selalu dapat berhenti kat tepi highway kan...

Sempat lagi baba main golf sementara tunggu tol truck datang..

Akhirnya mereka berjaya jgk menukar tayar spare yang ade. Tapi masalah tak berakhir kat sini sebab bile abang-abang PLUS tu nak balik je, kereta plak tak leh start. Rupenye bateri kereta da weak.. Nasib baik diorang tak jalan lagi. Terpaksa la diorang pusingkan kereta untuk membantu. Tapi takleh nak tolong jgk sebab bateri kereta diorang tak cukup kuat untuk membantu. Masalah berganda... Nasib baik Neesa tak mengamuk kat dalam kereta yang tengah nak panas tu.. huhuhuu.. terpaksa la kitaorang call tol truck untuk tunda kereta sampai ke JB.. Nak tunggu tol truck pon satu hal.. lame jgk baru sampai.. Pastu kami ber 4 terpaksala bersempit duduk dalam tol truck tu untuk meneruskan perjalanan sampai ke JB..

Sampai je Jb mase tu da pukul 3 lebih.. terus bawak keta ke bengkel untuk tukar bateri. Baba minta tolong dengan sepupu die (Abg Yahya) untuk tunjukkan bengkel yang terdekat.. Pastu kitaorang tinggal kereta, pergi makan. Mase tu da lapo sangat sebab dari pagi tak makan.. Abis je makan, pergi semula kat bengkel, diorang tak usik pon lagi kereta tu.. hampeh tol.. lepas siap tukar bateri, bawak kereta pergi kedai tayar plak. Tukar semua sekali tayar keta.. puas hati.. mase tu da pukul 6 lebih baru siap semua. Pastu kitaorang teruskan perjalanan ke Kota Tinggi. Sampai rumah kol 8 malam. hampir 12 jam sejak kitaorang kuar rumah dari puchong. Punye la penat...Aduhai.. lepas ni kalau nak balik kampung, sila la periksa keadaan kereta ye En Suamiku..

Ni plak gambar-gambar neesa di kampung... layanzzz...




Neesa n atuk.. Die suke sangat duduk kat perot atok tu..



Neesa, kak ica, abg ipan n atok..



neesa n atok di kolam renang buatan atok...


Neesa da pandai makan ayam kfc...


Beria-ia makan ayam tu..


Sekian sahaja perjalanan balik kampung yang penuh tragedi... huhuhuhuhu...






Jangan Jatuh dan Cedera Jika Anda Gemuk..

Sekarang ni tengah sibuk nak berdiet sebab taknak la jadi macam ni...

Seorang lelaki seberat 300kg yang terjatuh di dalam bilik air rumahnya terlantar dihospital sejak 6 bulan lalu menunggu untuk dia menjadi kurus sebelum dapat dilakukan ujian MRI bagi mengesan tahap kecederannya.

Selama 6 bulan dia berada di hospital, beratnya telah turun sebanyak 60kg menjadikannya 240kg sekarang. Namun doktor berkata ia terpaksa diturunkan kepada hanya 60kg sebelum ujian MRI daapat dilakukan.

Kalau setiap 6 bulan beratnya turun sebanyak 60kg bermakna ia perlu menunggu lagi satu tahun setengah sebelum ujian MRI dapat dilakukan.

Jagalah berat badan anda. Jangan jadi terlalu gemuk sehingga menyusahkan direi sendiri dan juga orang lain. Menjadi gemuk bukan daripada ajaran Islam. Islam mengajak umatnya hidup sihat. Makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Ramai dari kita sekarang ini kalau makan lupa dunia. Suap dan suap ikut sedap mulut. Makan lepas makan dan makan lagi dah menjadi perkara biasa. Ditambah dengan tidak adanya aktiviti fizikal meyebabkan ramai yang menjadi belon.

Tuesday 14 February 2012

Ibu n Neesa demam la..

Da lame tak update sebab dari hari khamis lepas sampai hari ni masih on off demam. Yang kesiannye neesa pon da turut terjangkit ibu demam. Tapi kesian kat neesa sebab die punye suhu sampai 39. Neesa start demam hari ahad. So aku n baba bawak la neesa ke KPMC untuk dapatkan rawatan. Memandangkan ibu pon tak baik lagi demam, so ibu pon skali kene jumpe doktor. Mula-mula baba dah tak jadi pegi terengganu, tapi bile tengok neesa da ok sikit semalam, terus ubah fikiran. Bile baba da pergi je, suhu neesa naik lagi.. ibu panik gak sebab neesa da start menjerit-jerit. Mungkin die tak selesa dengan kepanasan badan die tu. Yang ibu perasan, neesa akan ok bile makan ubat. tapi bile kesan ubat tu da takde je, die start la lembik balik.

Yang sedihnya, hari ni ibu terpaksa jgk hantar neesa kat taska sebab ibu kene pergi kerja. Neesa nangis mase cikgu die dukung tadi.. Sebenarnya tak sanggup nak tinggal tapi nak buat macam mana. Ibu ade bekalkan ubat-ubat kat cikgu tadi suruh pantau keadaan neesa. Ibu pon keep on call cikgu kat taska tanye macam mana keadaan die kat sane. Dalam hati ni Allah je yang tahu macam mane risaunye perasaan ibu ni. Nak je tinggal keje kat opis ni pastu terus amik neesa kat taska bawak balik umah. Baru la puas hati ade depan mata.. Tapi Alhamdulillah neesa ok kat taska.. cume ibu tak sabar nak tunggu pukul 5 nak tengok dengan mata sendiri... Aduhai lambatnye mase bergerak...

Friday 3 February 2012

KL Birds Park...

Memandangkan sekarang neesa da start mengenal binatang, so kami bawa la si kecik ni ke KL Bird's Park. Sungguh seronok die melihat banyak burung berterbangan di merata tempat.. mulut die pon keep on cakap bird... bird... bird.. Puas hati la pegi sane sebab tengok neesa pun enjoy dengan burung-burung kat sane tu.. Layan gambar sikit untuk menggambarkan situsi sebenar.. ahaks..

Khusyuk tengok burung tengah makan

Wah... (itulah perkataan yang keluar dari mulut die)

Neesa n ibu da penat..

Sekian.. lepas ni nak update pasal pergi aquaria plak sebab gambar semua ade kat camera baba..

Bandung 2010..

Hari ni terajin plak nak bercerite. Pagi tadi check hard disk dalam laci. Bile buka je baru la jumpe gambr-gambar lame neesa. Neesa da pergi oversea seawal umur 4 bulan lagi.. mase tu ibu pon tengah bercuti tanpa gaji. Baba ajak la kami ke Indonesia untuk bercuti. Mase tu bukan kami je yang pegi, anak-anak buah pon ikut skali. (Ija, lina & uzai). Actually ni bukan kali pertama ibu ke sane tapi kali ke 3. Tapi perasaan tu tetap macam kali pertama pergi sebab excited nak pergi bershopping kat Bandung. So untuk kali ni layan gambar untuk menerangkan keaddan yang sebenar..

Neesa 4 bulan..

Neesa, kak Ija n Kak Lina

Neesa n Baba

Us kat Tengkuban Perahu..

So cute..

Neesa jutawan rupiah..

Konon-konon macam pandai nak sedut..

Kat Rumah Mode..

Habit Neesa (hisap jari)

hello..

Yo....

Eh menjeling plak die..

Hisap jari lagi best..

Jari da abis isap, isap baby wipes plak..

Kat restoran yang mempunyai pemandangan yang cantik..

Ni la pemandangan yang sebenarnye... So cool..

Dalam kapal terbang nak balik kl..

Gambar blur plak..


Hari jumaat yang indah....

Dah hari jumaat.... yeyeey... esok nak balik kampung. rasenye dah 2 bulan kot tak balik.. memandangkan hari isnin dan selasa cuti umum, so aku mencadangkan kepada en suami untuk pulang ke kampungku.. nasib baik die setuju walaupon pada mulanye die ambil mase untuk berfikir... hehehehe thank u laling.. sebenarnye kesian kat abah yang asyik tanye neesa bile nak balik setiap kali neesa tepon atok die.

Semalam balik keje macam biase la terus bersilat kat dapur untuk sediakan makan malam. Da la semalam hujan lebat, abis kain baju basah lencun kat ampaian. terpaksa la basuh balik semua sekali. Si neesa plak sampai rumah taknak turun kereta. Ibu da basah kuyup dok pujuk die turun dari kereta. die lari ke seat belakang plak. Aduhai anak dara sorang ni.. Pujuk elok2 baru die makan saman..

Mase aku tengah sibuk kat dapur tu neesa khayal tengok baby tv. Tetibe je hp ibu yang kat depan die tu berbunyi. Dari dapur da dengar tapi malas la nak terkejar-kejar menjawab sebab tau baba yang tepon. tetibe datang plak si kecik ni ke dapur sambil bawa hp ibu. 'Nah' kate neesa sambil hulur hp tu kat ibu.Pastu die terus lari semula kat depat tv. Agaknye bunyi hp tu mengganggu die yang tengah asyik tengok tv kot. tergelak-gelak ibu tengok keletah die. Bijak tol la si kecik ni...Pagi tadi mase ibu salam n cium baba sebelum nak pegi keje, neesa tersengeh-sengeh.. macam faham je..

Hari ni macam takde semangat nak keje sebab da ade mood balik kampung..  ok nanti minggu depan ibu update pasal balik kampung plak.. bye..

nampak kepala je sebab amik gambar dari atas katil.