Pages

Monday 20 February 2012

Jangan Jatuh dan Cedera Jika Anda Gemuk..

Sekarang ni tengah sibuk nak berdiet sebab taknak la jadi macam ni...

Seorang lelaki seberat 300kg yang terjatuh di dalam bilik air rumahnya terlantar dihospital sejak 6 bulan lalu menunggu untuk dia menjadi kurus sebelum dapat dilakukan ujian MRI bagi mengesan tahap kecederannya.

Selama 6 bulan dia berada di hospital, beratnya telah turun sebanyak 60kg menjadikannya 240kg sekarang. Namun doktor berkata ia terpaksa diturunkan kepada hanya 60kg sebelum ujian MRI daapat dilakukan.

Kalau setiap 6 bulan beratnya turun sebanyak 60kg bermakna ia perlu menunggu lagi satu tahun setengah sebelum ujian MRI dapat dilakukan.

Jagalah berat badan anda. Jangan jadi terlalu gemuk sehingga menyusahkan direi sendiri dan juga orang lain. Menjadi gemuk bukan daripada ajaran Islam. Islam mengajak umatnya hidup sihat. Makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Ramai dari kita sekarang ini kalau makan lupa dunia. Suap dan suap ikut sedap mulut. Makan lepas makan dan makan lagi dah menjadi perkara biasa. Ditambah dengan tidak adanya aktiviti fizikal meyebabkan ramai yang menjadi belon.

No comments: